Sunday, July 27, 2008

WATAK IRHAM DIKECAM

PENAMPILAN berjubah, berserban dan bertindik dalam filem Cinta Syurga mengundang padah kepada Awal Ashaari. Sejak gambarnya dengan penampilan itu disiarkan sebuah akhbar (bukan terbitan NSTP), hidup anak muda ini bingit dengan kecaman.

Bukan sekadar panggilan telefon, keadaan dihangatkan lagi dengan kritikan pedas yang menular luas di Internet. Turut terpalit sama nama baik keluarganya.

Bagi mengelak keadaan makin buruk, Awal tampil ke depan menjelaskan kedudukan sebenar. Tegasnya, semua ini salah faham.

Tidak ada sebesar hama pun niatnya mahupun pengarah atau penulis skrip filem menyinggung perasaan masyarakat, apatah lagi memperlekeh agama.

“Penampilan itu sekadar tuntutan watak. Seperti saya jelaskan sebelum ini, watak Irham buta agama. Dari kecil dia menetap di London dan apabila kembali ke tanah air, dia menyahut cabaran rakan memikat gadis kuat pegangan agama lakonan Heliza AF.

“Dalam usaha itu dia berdepan pelbagai cabaran, termasuk mengubah penampilannya. Dalam satu babak dia yang terbiasa dengan cara hidup Barat memakai jubah tetapi masih bertindik kerana tidak tahu hukum hakam.

“Dan, ketika penggambaran babak itu dilakukan ada media datang ke lokasi dan mengambil gambar saya. Sehari selepas gambar berkenaan disiarkan, keluar kontroversi saya jahil agama dan macam-macam lagi tanggapan negatif.

“Ahmad Idham selaku pengarah filem turut berdepan situasi serupa. Tiba-tiba saja perkara ini diperbesar-besarkan sampaikan ibu bapa saya lenguh menjawab pertanyaan saudara mara dan jiran tetangga,” katanya di Balai Berita, baru-baru ini.

Jelas Awal, dia sedar sensitiviti masyarakat tetapi tidak adil kesimpulan dibuat berdasarkan satu gambar. Baginya, ada sebab mengapa dia berpenampilan sebegitu, bukan sekadar suka-suka atau ‘hentam kromo’.

“Sepanjang lebih tiga tahun dalam industri, saya tidak pernah mempersenda agama atau berniat menyinggung perasaan orang ramai.

“Bagi saya, isu ini tidak perlu diperbesar-besarkan. Niat produksi sebenarnya baik, ingin membuka mata penonton bahawa di luar sana ada lagi yang cetek agama sepertimana Irham.

“Penonton akan faham apabila menonton filem ini. Untuk makluman semua, ada dialog peringatan lelaki tidak boleh memakai subang dalam babak itu.

“Sebenarnya saya tidak kisah dikritik, sebaliknya menerima teguran itu dengan terbuka. Namun jauh di sudut hati sedikit kecewa kerana orang dalam industri yang sepatutnya faham situasi ini turut sama menghentam.

“Seingat saya, perkara ini dijelaskan dalam sidang akhbar sewaktu memperkenalkan barisan pelakon Cinta Syurga. Kalau ikutkan, dalam Malaikat Maut pun saya bertindik tapi kali ini lebih sensitif kerana berjubah dan berserban,” katanya memohon pengertian ramai.

Tambah pelakon meningkat naik ini, istilah serik tidak pernah ada dalam kamus hidupnya. Seburuk manapun dikecam, dia pasrah dan melihatnya daripada sudut positif. Baginya sudah lumrah anak seni, pasti ada manis dan pahitnya.

“Seboleh mungkin saya mahu elak kontroversi. Namun apa boleh buat, ada yang cepat melatah lalu menuding jari ke arah saya tanpa mengkaji terlebih dulu. Tindakan mereka seolah-olah sudah membaca skrip filem ini.

“Apapun, diharap dengan penjelasan ini orang tidak tersalah sangka lagi. Sekali lagi ingin saya tegaskan penampilan itu hanya untuk menggambarkan kecetekan ilmu agama seorang remaja.

“Ada mesej yang ingin disampaikan, diharap penonton menerimanya apabila ditayangkan kelak,” katanya yang sekarang berkampung di Filipina selama dua minggu untuk menyambung penggambaran filem Time For Us yang turut dibintangi Jericho Rosales dan Carmen Soo.

17 comments:

ashari said...

salam kenal dari saya semoga sukses..dalam melayari kehidupan.

IdzaRis said...

syabas...
teruskan usaha!!

H.A.B.I.Z said...

awal..sabar eh..supergirls sentiasa sapot kamu..kowg jgn lupe tgk syurga cinta! filem sulung awal jd hero n filem sulung heliza

superA said...

ellop abg awal..
cemoge sukses ya..tke cre!!

iqaazman said...

saya minat sangat kat abg awal.semoga ber jaya dalam kehidupan

suraya said...

Salam, Awal.
Kalau nak khidmat lukisan henna 3D yg lain dari yg lain & terkini utk pertunangan, pernikahan, persandingan & pelbagai majlis sila booking dgn Akak k. Harga yg berpatutan tau. This is my web site http://www.damiahenna.com

Farehah said...

ini la byrnnye menjadi pelakon... yg penting kite tau sape kite sendiri kan...

iena said...

Hi awal, astro box office dah siarkan cerita syurga cinta nih. i baru tgk. Sorry sebab lambat tgk kan. Tp i rasa cerita nih ada kesan dan impact la. I tak tau kenapa, mungkin sebab u berlakon pun ada gak kut. Tp i rasa cerita nih sangat la bagus utk tatapan masyarakat kita sekarang sebab memang ini lah cara hidup kita. Kita tak pernah sedar pun benda nih ada dlm hidup kita. Ini bukan pendapat i seorang. tp rakan dan family pun ada tgk berkali2. Benda yg betul nih susah org nak terima la Awal. anyway tahniah buat u. Memang sangat sesuai watak u seorang playboy. huhuhu jgn marah. tp kalau ada syurga cinta 2 i tak sabar la tgk. mintak abg idham buat k. wish u good luck

nurul said...

hye awal...may allah bless u and give a lot of prosperity with u..

Ieza Zaslia said...

hai Awal/...assalamualaikum... ter'minat dgn gaya persembahan Awal di dlm lakonan Syurga Cinta... sblm ni buat biasa2 ajer biler tgk Awal berlakon - but still meminati pelakon Awal Ashaari...
tpi biler dah tontoni crita Syurga Cinta..sya berharap Awaljd seorg pelakon yg disegani spt Rosyam Noor dan pelakon2 yg telah sedia ada dilayar perak..
hope u suksess in yur karier.. smoga m'dpt pasangan yg ideal.. insyaAllah..

thahirah said...

caiyok..caiyok..
awal teruskan usaha.
saya doakan semoga berjaya.

nur said...

ala 2 belakon je...realitinya kat luar ag truk...aku sk cter 2...

juraini said...
This comment has been removed by the author.
juraini said...

assalamualaikum...salam istimewa
bila mo dtg sabah?mo gila tgk awal..saat ht tgh berduka,sejuk bila tgk waja2 awal...teringin sangat mo jmpa awal face 2 face...

numero said...

halo bro saya hafiz dari nomero uno clothing,,

omey said...

semu drama and filem abg awal omey suke tgk memang best.....huhu

e-cigarette malaysia said...

Hi Awal! we would like to invite your for the launch of fashionistas.my the best fashion web store in Malaysia. Please drop us your name and email to: info@fashionistas.my